Annyong Haseyo! You'r truly in Wana Eyssa Fantasy Galaxy! Dont be Copy Dog ok!Saranghaeyo~ : Follow | Dashboard -Wana Eyssa
Wana`s Planet

2015 T_T

Alamak,apa sudah jadi dengan ini blog! lama gila aku hiatus. Setahun! maaflah kawan-kawan bloggers semua, tahun lepas sibuk dengan SPM katanya. aku dah janji kan nak update lepas spm. nah! lepas ni aku akan cuba seaktif yang mungkin update blog. rindu gila dengan dunia bloggers ni. rindu sesangat! rindu nak BLOGWALKING! rindu dengan kawan-kawan bloggers semua. senang cerita sumpah rindu! hehehe. cerita pasal SPM, alhamdulillah keputusan aku tak ada teruk manapun. cukup-cukup makan je. tapi bangga sangat bila dapat tengok ibu dan ayah menangis bila tengok keputusan aku. walaupun keputusan tak cemerlang macam kawan-kawan kelas sains yang lain tapi boleh diketegorikan aku tak pernah dapat keputusan macam tu. maksud aku, aku tak pernah lulus lah subjek macam kimia/fizik/addmath kekadang je lulus. tapi kalini Alhamdulillah ketiga-tiga subjek tu aku lulus! sungguh tidak disangka kan? rezeki namanya tu. Alhamdulillah.
SELAMAT TAHUN BARU YOU ALLS!

Masih tidak terlambat bukan nak ucapkan selamat tahun baru? Yep, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk korang. Sama-sama kita doakan tahun ni akan jadi tahun yang baik untuk kita semua melaksanakan azam-azam yang tak terlaksana sebelum-sebelum ni *Ayat Klise*. Azam aku yang tak terlaksana sejak azali sudah semestinya nak kurus! pergh hahaha tak kira tahun ni nak berusaha jugak. usaha tangga kejayaan bukan? hehehehe

well bagi aku tahun 2015 bukan tahun permulaan yang baik buat aku. bukan sebab aku ditimpa musibah ke apa, cuma yelah. perkara yang selama ni aku takut jadi kenyataan. BERPISAH DENGAN KAWAN SEKOLAH! aku yakin pasti ramai kan yang pernah rasa macam ni? sedih je.mana taknya 5 Tahun menyulam kasih sayang bersama, berjuang bersama dan menggila bersama akhirnya dah sampai penghujungnya! bukan setakat 5 tahun! ada yang aku dah berkawan dari sekolah rendah lagi kot! sedih sesangat rasanya. lepas ni semua dah tak sama universiti/kolej. Kalau sama tu aku bersyukurlah. yang tak sama tu? mesti jarang jumpa. Tapi nasib baik lah kebanyakkan kawan-kawan aku duduk setaman dengan aku, HIDUP ANDALAS! bukan jauh pun kan. kalau nak jumpa datang je rumah hehehe.

*Geng ICT(Geng cikgu Azian) *
*Geng 4S(Sofeah,Sat,Siti Miza,Syazwana(me)! geng gila-gila dalam kelas.rindu korang!*
*Classmates yang susah senang bersama! alahai rindu korang gila2*
*Geng pengawas yang sporting! rindunya*
*Explorace pengawas*
*Mereka sentiasa ada dengan aku bila aku ada masalah dlm pengawas*
*Best buddies(termasuk Sophia) dalam kelas,sumpah rindu korang!*
*Rindu*

Maaf pada kawan-kawan yang mukanya tak ada dalam gambar-gambar di atas. sebenarnya nak upload banyak-banyak tapi takut berat pulak post ni. Maaf sangat-sangat. walaupun gambar korang tak di-upload aku tetap sayang korang. 2013-2014 tahun yang paling bermakna dalam hidup aku! aku bersyukur dapat kenal classmates yang gila-gila, geng pengawas yang sangat supportive dan bersyukur dapat kawan-kawan baik yang sentiasa ada dengan aku. aku harap satu hari nanti kita semua akan dipertemukan kembali dan time tu aku rasa mesti ada yang dah berjaya kecapi impian masing-masing and mungkin ada yang dah kahwin? siapa tahu hehehe. for my bestfriends*You know who you are* aku harap korang tak akan lupakan aku! even dah masuk U nanti please don't forget me okay? aku doakan korang jumpa kawan-kawan yang boleh bantu korang kat U nanti. pilih kawan yang baik dan banggakanlah parents korang. jangan sibuk menggatal okay? Love ya XOXO !

Sekian sampai disini entry ni. we will meet again soon! Assalammualaikum! Adios!
JANGAN LUPA ISI UPU!